Teks / Foto: Suhaini Saperan
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang.
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Dengan
izinNYA setelah tak dapat join kelas Bina Blog Sabtu yang lalu secara
OFFLINE saya masih berpeluang untuk
membuat tugasan yang diberikan secara ONLINE.
Saya kenalkan diri saya, saya diberi nama oleh Mak dan Papa saya
dengan nama Suhaini binti Saperan.
Anak kedua dari 6 adik beradik (3 pasang) yang Soleh dan Solehah. 36 tahun Allah
swt pinjamkan usia ini pada saya. Mempunyai suami bernama Mohamad Amirul Rashid yang sangat baik hati, walaupun garang. Kami telah
diijab kabulkan semasa saya berusia usia 22 tahun dan 25 tahun. 13 tahun kami
lalui susah senang bersama dan dikurniakan 3 anugerah terindah juga ujian dari
ALAH SWT yang lahir berselang bunga (2 Imam Muda dan seorang Bidadari dari
Syurga).
Kerjaya tetap saya bermula di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak. Sudah 13 tahun saya di sini. Hanya ALLAH SWT yang tahu bertapa bertuahnya saya diterima sebagai salah seorang warga di Universiti yang penuh dengan tarbiyah ini. Namun sebelum itu beberapa perkerjaan sudah saya rasai dan memperoleh pengalaman yang tersendiri.
Alhamdulillah. Pada tahun 2008 ALLAH SWT telah izinkan saya
merasai nikmat dan pengalaman untuk berniaga kerana minat yang sangat mendalam
dalam bidang perniagaan telah ada dalam diri saya. Walaupun bisnes itu tidak
menjadi, saya tetap dapat pengalaman yang sangat berharga. Saya semakin kuat
dan bersemangat untuk meneruskan niat berniaga lagi dan lagi. Maka, saya mula
berniaga kembali menjadi Stokis One Drop Perfume yang saya jual melalui Blog
pada waktu itu.
Kini saya sudahpun temui bidang perniagaan yang saya anggap ia
sudah menjadi sebahagian dalam kehidupan saya. Tahun 2012 adalah tahun saya sedang
diuji apabila saya mahu cukupkan 2 tahun bekalan susu ibu kepada anak ketiga
saya. Di sinilah bermulanya kisah Qaseh dalam kehidupan saya. Saya
diperkenalkan dengan Qaseh Adinda oleh seorang sahabat di alam maya. Dari hanya
pengguna yang setia, akhirnya 2013 saya menjadi agent yang hanya aktif untuk
belian diri sendiri.
Pada pertengahan 2015, order saya semakin banyak daripada
sahabat-sahabat dan keluarga. Saya berfikir mengapa peluang yang Allah dah
pamerkan depan mata saya buat2 tak nampak. Dan bermula saya secara serius dalam
berQaseh. Alhamdulillah. Allah sentiasa permudahkan urusan saya dalam bisness
Qaseh ini.
InshaAllah, dengan izinNya melalui coretan di blog ini akan saya
kongsikan kepada pembaca yang sudi singgah di blog ini tentang kesihatan
anak-anak dan keluarga adalah sangat penting dan ia harus bermula daripada pemakanan yang baik. Saya bukanlah orang yang pakar dan
berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan, namun apa yang saya akan
kongsikan adalah dari pengalaman saya dan sahabat-sahabat saya sendiri. Saya juga akan cuba kongsikan dari
apa jua hasil bacaan dan carian dari pelbagai sumber yang sahih buat rujukan
anda disini.
Doakan saya agar saya istiqamah dan sentiasa diberi ilham oleh Allah swt untuk
berkongsi kebaikan di ruangan blog ini dan mudah-mudahan ia akan memberikan
manfaat buat mereka yang membaca dan mengamalkan kebaikan yang saya akan
kongsikan. Semoga ia akan menjadi saham yang sentiasa mengalir untuk bekalan saya
di kampung akhirat kelak.
Allahumma Aamiin.
Salam Qaseh Sayang
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630
Salam Qaseh Sayang
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630
Alhamdulillah.
ReplyDelete