Thursday, August 11, 2016

Entry 2: PlayDOH Hasil Tangan Ainnur Aqilah

Teks / Foto: Suhaini Saperan
Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ada yang menanti entri dari Kak Ani tak hari ini ?

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Syukur dengan izinNYA Kak Ani dan keluarga dibangkitkan lagi di dalam keadaan yang sihat walafiat pagi ini.

Pagi ni teruja tengok inbox Pm dan whatsapp, hasil sharing di FB aktiviti Kak Ani dengan anak-anak malam tadi, PM bertubi2 masuk nak resepi... hihihi

Kisahnya, semalam Ainnur Aqilah request nak bawa plastisin (betul ke ejaan ni) ataupun DOH.  Suka hati Ibu la nak bawa yang mana katanya. Kak kata balik kerja nanti kita ajak Ayah beli bahan2, kita buat DOH lah sama2.

Setelah berhempas pulas, terbalik terlangkup anak2 buat kerja malam tadi, inilah hasilnya. 




Bestkan, aktiviti yang buat anak2 teruja dan buat sel-sel otak anak2 bercantum-cantum. Tapi lepas tu, sel-sel Ibu dia pulak yang berkembang sebab naik darah dapur bersepah. 

Nak Resepi PlayDoh Aqilah ? 

Boleh baca sampai habis ya. Kak Ani kongsikan buat semua.
Resepi yang sangat simple dan jimat.

Bahan A
1 Cawan Air
1 Cawan Garam (Kak guna garam masakan Qaseh tau, masa seronok main tetiba termasuk mulut InshaALLAH selamat, hahaha)
2 Sudu Kecik Minyak Masak
Pewarna Makanan yang dibenarkan. 

Bahan B
5 Sudu Besar Tepung Gandum
2 Sudu Besar Tepung Jagung

Cara-caranya:
Korang campur semua bahan2 A. Kacau hingga sama rata warna dan Bahan A.
Tuang Bahan B dan gaul sampai jadi DOH dan tak melekat lagi di tangan dan bekas. 

Jangan risau pewarna ni tak lekat di tangan tau. Ini untuk adunan 1 warna sahaja. 
Nak 10 warna pun boleh, ulang balik step yang sama.

SELAMAT MENCUBA.

Ada rezeki panjang umur kita jumpa di next entri.... 


Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...