Friday, August 26, 2016

Entry 20 : Istighfar

Teks: Suhaini binti Saperan
Sumber: Whatsapp Group
Foto: Pakcik Google




Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Seorang lelaki datang dan mengadu kepada Hasan Al-Basri tentang hujan yang sudah lama tidak turun. Kata Hasan Al-Basri:"Beristighfarlah kepada Allah".

Lelaki kedua datang mengadu tentang KEMISKINAN. Kata Hasan Al-Basri:"Beristighfarlah kepada Allah".

Lelaki ketiga datang mengadu kepada beliau tentang isterinya yang masih belum mengandung. Kata Hasan Al-Basri:"Beristighfarlah kepada Allah".

Lelaki keempat datang mengadu pula tentang tanamannya yang tak tumbuh-tumbuh. Kata Hasan Al-Basri:"Beristighfarlah kepada Allah".

Anak-anak murid Hasan Al-Basri kehairanan. Apa ini wahai tuan syeikh? 4 soalan berbeza, 1 jawapan yang sama?

Jawab Hasan Al-Basri: Ini bukan aku yang kata. Allah yang kata:

(فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا) نوح 10-12

"Maka aku (Nabi Nuh alaihissalam) berkata: beristighfarlah kamu (wahai kaumku) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Jika kamu beristighfar) nescaya Dia akan menurunkan hujan ke atasmu dengan lebat. Dan Dia akan membanyakkan HARTA dan anak-anakmu. Dan Dia akan mengadakan untukmu kebun-kebun. Dan dia akan mengadakan untukmu sungai-sungai" (Surah Nuh 10-12).

Semoga Allah beri kepada kita semua taufiq untuk lazimi beristighfar sepanjang masa.

Kita tidak tahu Istighfar di waktu mana diangkat untuk diampunkan olehNYA.


Salam Qaseh Sayang, Moga Perkongsian Ini Bermanfaat Buat Semua
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...