Tuesday, August 9, 2016

Entry 1: Pengenalan Diri - Cerita Tentang Penulis


Teks / Foto: Suhaini Saperan

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Dengan izinNYA setelah tak dapat join kelas Bina Blog Sabtu yang lalu secara OFFLINE saya masih berpeluang untuk membuat tugasan yang diberikan secara ONLINE.

Saya kenalkan diri saya, saya diberi nama oleh Mak dan Papa saya dengan nama Suhaini binti Saperan. Anak kedua dari 6 adik beradik (3 pasang) yang Soleh dan Solehah. 36 tahun Allah swt pinjamkan usia ini pada saya. Mempunyai suami bernama Mohamad Amirul Rashid yang sangat baik hati, walaupun garang. Kami telah diijab kabulkan semasa saya berusia usia 22 tahun dan 25 tahun. 13 tahun kami lalui susah senang bersama dan dikurniakan 3 anugerah terindah juga ujian dari ALAH SWT yang lahir berselang bunga (2 Imam Muda dan seorang Bidadari dari Syurga).

Syukur Alhamdulillah, perjalanan hidup saya membesar biarpun ada yang tidak mahu saya kenang-kenang, saya sangat menghargai pengorbanan kedua Mak dan Papa saya dalam memberi saya pendidikan yang baik. Dari sejak mula tidak mengenal huruf sehingga saya ke sekolah menengah. Walaupun takdir tertulis saya tidak dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih baik, saya puas kerana dapat berbakti untuk membantu keluarga dan memastikan 4 orang adik dibawah saya belajar hingga keperingkat tertinggi di Universiti.

Kerjaya tetap saya bermula di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak. Sudah 13 tahun saya di sini. Hanya ALLAH SWT yang tahu bertapa bertuahnya saya diterima sebagai salah seorang warga di Universiti yang penuh dengan tarbiyah ini. Namun sebelum itu beberapa perkerjaan sudah saya rasai dan memperoleh pengalaman yang tersendiri.

Alhamdulillah. Pada tahun 2008 ALLAH SWT telah izinkan saya merasai nikmat dan pengalaman untuk berniaga kerana minat yang sangat mendalam dalam bidang perniagaan telah ada dalam diri saya. Walaupun bisnes itu tidak menjadi, saya tetap dapat pengalaman yang sangat berharga. Saya semakin kuat dan bersemangat untuk meneruskan niat berniaga lagi dan lagi. Maka, saya mula berniaga kembali menjadi Stokis One Drop Perfume yang saya jual melalui Blog pada waktu itu.

Kini saya sudahpun temui bidang perniagaan yang saya anggap ia sudah menjadi sebahagian dalam kehidupan saya. Tahun 2012 adalah tahun saya sedang diuji apabila saya mahu cukupkan 2 tahun bekalan susu ibu kepada anak ketiga saya. Di sinilah bermulanya kisah Qaseh dalam kehidupan saya. Saya diperkenalkan dengan Qaseh Adinda oleh seorang sahabat di alam maya. Dari hanya pengguna yang setia, akhirnya 2013 saya menjadi agent yang hanya aktif untuk belian diri sendiri.

Pada pertengahan 2015, order saya semakin banyak daripada sahabat-sahabat dan keluarga. Saya berfikir mengapa peluang yang Allah dah pamerkan depan mata saya buat2 tak nampak. Dan bermula saya secara serius dalam berQaseh. Alhamdulillah. Allah sentiasa permudahkan urusan saya dalam bisness Qaseh ini.

InshaAllah, dengan izinNya melalui coretan di blog ini akan saya kongsikan kepada pembaca yang sudi singgah di blog ini tentang kesihatan anak-anak dan keluarga adalah sangat penting dan ia harus bermula daripada pemakanan yang baik. Saya bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan, namun apa yang saya akan kongsikan adalah dari pengalaman saya dan sahabat-sahabat saya sendiri. Saya juga akan cuba kongsikan dari apa jua hasil bacaan dan carian dari pelbagai sumber yang sahih buat rujukan anda disini.

Doakan saya agar saya istiqamah dan sentiasa diberi ilham oleh Allah swt untuk berkongsi kebaikan di ruangan blog ini dan mudah-mudahan ia akan memberikan manfaat buat mereka yang membaca dan mengamalkan kebaikan yang saya akan kongsikan. Semoga ia akan menjadi saham yang sentiasa mengalir untuk bekalan saya di kampung akhirat kelak. 

Allahumma Aamiin.


Salam Qaseh Sayang
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630






1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...