Tuesday, August 23, 2016

Entry 17 : 3 x (1/2) Setengah Minit Yang Berharga

Teks: Suhaini binti Saperan
Foto: Pakcik Google






Jika baru bangun tidur, jangan terburu-buru dan terus berdiri! 

Biarkan mata terbuka sepenuhnya dan tetap berbaringlah untuk beberapa saat, kerana kebiasaan waktu ini sangat baik untuk sistem peredaran darah.

Ketika tidur, tekanan darah seseorang merata ke seluruh tubuh dan terus ke otak. Jadi, jika waktu bangun dan terus berdiri, pengaliran darah akan turun terus ke kaki secara mendadak. keadaan ini akan menyebabkan refleks sistem saraf atau saraf pengendalian refleks menjadi terganggu.

Inilah yang menyebabkan seseorang itu mengalami pening, iaitu hilang ketidakseimbangan sehingga rasa hampir pengsan. Sebabnya kerena pengaliran darah ke otak terganggu.

Berikut ini beberapa tips setelah bangun tidur, semoga bermanfaat:

1. Bila terbangun jangan terus turun dari tempat tidur, tetapi berbaringlah dan BUKA MATA selama (1/2) setengah minit;

2. Setelah itu, DUDUK di tempat tidur selama (1/2) setengah minit dan

3. Turunkan kaki, duduk di tepi katil selama (1/2) setengah minit.

Setelah 3 x (1/2) setengah minit yang sederhana dipraktikkan dengan istiqamah, otak dan jantung tidak akan mengalami anemia.

Mengapa perlu "3 x (1/2) setengah minit" ?

Kerana pola ECG (Electro Cardiogram) seseorang akan normal pada siang hari, tetapi ketika bangun tengah malam untuk melaksanakan hajat misalnya dan seseorang itu terus bangun dengan tiba-tiba, otak akan menjadi anemia, dan mudah mengalami kegagalan jantung kerana kekurangan darah.

Semoga tips setelah bangun tidur ini dapat memberikan manfaat dan mudah dipraktikkan secara istiqamah oleh para pembaca. 



Salam Qaseh Sayang, Moga Perkongsian Ini Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...