Tuesday, August 16, 2016

Entry 7: Pengetahuan Yang Patut Kita Tahu

Teks: Suhaini bitni Saperan
Sumber: FB Dato' Dr. Hj Mohd  Fadzilah Kamsah


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 


Syukur Alhamdullilah.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

1. Jika kita marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.

2. Jika kita Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah)

3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.

5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.

7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.

8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia (penyakit sulit mencerna).

9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada  penyakit Hepatitis.

10. Jika kita sering merasa "Sombong" (menolak kebenaran dan meremehkan orang lain) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh).

14. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia (kanser darah putih).

Sumber asal dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.


Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630


Friday, August 12, 2016

Entry 6: Merawat Penyakit Utama Dengan Air Kosong (Masak) & SOLE


Teks/Photo from Google & Qaseh Group


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Syukur Alhamdullilah.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Kaedah ini popular di Jepun untuk mengamalkam minum air kosong dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. 

Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan penerangannya di bawah ini penggunaan air untuk para pembaca. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut: 

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak. 

KAEDAH-KAEDAHNYA

1. Sebaik shj anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air.   


2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.   

4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam.

5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.   

6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan disamping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat. Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan/mengawal/ mengurangkan penyakit utama: 

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari) 
2. Gastrik (10 hari) 
3. Diabetes (30 hari) 
4. Sembelit (10 hari) 
5. Kanser (180 hari) 
6. TB (90 hari) 
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu pertama, dan mulai minggu kedua lakukan secara harian.  

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali. Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. 

Ini adalah cara & tradisi orang2 Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka, bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum. Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda. Bukanlah tidak boleh atau tidak bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. 

Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan. Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan. 

Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung: 
  • Perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada, 
  • Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang. 
  • Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung. 
  • Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim. 
  • 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun. 
  • Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi. 
Untuk Kak Ani, hampir 2 tahun amalkan Air Kosong + Titisan Air SOLE. Alhamdullillah memang kesihatan semakin baik. Korang cuba lah. Air kosong je pun tak guna modal. 

Kesihatan kita amatlah berharga.

Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630


Thursday, August 11, 2016

Entry 5: Mati Dulu Baru Hidup (Ayat 2 Surah Al Mulk)

Teks: Suhaini binti Saperan


Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Mengapa Allah nyatakan Dia menciptakan mati terlebih dahulu baru menciptakan hidup. Bukan kah kehidupan dulu baru datangnya kematian?
Allah Ta’ala berfirman,

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. Al Mulk: 2)

1) Allah lebih mengiktiraf kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia. Untuk bertemu kehidupan akhirat kita semua perlu 'mati' dahulu barulah mengalami 'hidup' yang kekal.

2) Setelah kembali semula Allah di dalam kehidupan akhirat, barulah amalan kita dapat dihitung. Allah tidak menilai amalan yang banyak namun Allah menilai amalan siapa yang paling baik. Kuantiti vs kualiti.

3) Allah maha perkasa untuk memberi hukum kepada hambaNya yang ingkar, namun Allah maha pengampun kepada hambaNya yang bertaubat.

Bacalah dan hafallah Surah Al-Mulk atau surah Tabarakallazi sebelum tidur setiap malam kerana ia adalah penyelamat daripada azab kubur. Ianya cuma 30 ayat sahaja dan tidak mengambil masa yang lama.
Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: "Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu"? 
Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya: "Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. 
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah ini (Surah Al Mulk) berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.

Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

Entry 4: Barang Wajib Ada


Teks / Foto: Qaseh Group


WAJIB ADA! 

Buat Mak-mak kat rumah. Terutama yang suka memasak.  

Wajib ada 2 produk ini kat rumah tau! 

Kalau guna garam laut tukarlah Garam Masakan Himalaya ini. Tak perlu nak letak garam banyak2 dalam masakan. Tak perlu letak bahan perisa nak pastikan makanan sedap, semua dah lengkap dalam tu, lagipun makanan tahan lama. 

Kalau selalu sediakan air minuman anak-anak dan keluarga pastikan titiskan dengan Mineral SOLE.

Khasiatnya sangat banyak.  

Sayang keluarga wajib beli. Beli kat mana ? 
Belilah dari Konsultan Qaseh di seluruh Malaysia.


Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630


Entry 3: Senyumlah Sentiasa

Teks: WhatsappGroup 
Foto: Google





Ada yang menyakiti hatimu ? 
Ada yang mengecewakanmu ? 
Ada yang membuatmu menangis ? 
Ada yang berbohong padamu ? 
Ada yang berjanji padamu tapi tidak ditepati ? 

TERSENYUMLAH SENTIASA :) 

Mungkin dia tidak sedar jika telah membuatmu sakit hati 
Mungkin dia tidak tahu telah mengecewakanmu 
Mungkin dia belum dapat memahami tentang isi hati seseorang 
Mungkin dia belum belajar tentang semua itu 
Mungkin dia belum mengerti bagaimana rasanya sakit, kecewa dan dibohongi serta diingkari

Biarpun apapun terjadi, didiklah hati untuk sentiasa BERPIKIR POSITIF dan BERPRASANGKA BAIK kerana itu sudah memadai buat merawat HATI agar rasa lebih tenang dan kembali gembira.

Sederhana Itu BAHAGIA.


Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

Entry 2: PlayDOH Hasil Tangan Ainnur Aqilah

Teks / Foto: Suhaini Saperan
Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ada yang menanti entri dari Kak Ani tak hari ini ?

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Syukur dengan izinNYA Kak Ani dan keluarga dibangkitkan lagi di dalam keadaan yang sihat walafiat pagi ini.

Pagi ni teruja tengok inbox Pm dan whatsapp, hasil sharing di FB aktiviti Kak Ani dengan anak-anak malam tadi, PM bertubi2 masuk nak resepi... hihihi

Kisahnya, semalam Ainnur Aqilah request nak bawa plastisin (betul ke ejaan ni) ataupun DOH.  Suka hati Ibu la nak bawa yang mana katanya. Kak kata balik kerja nanti kita ajak Ayah beli bahan2, kita buat DOH lah sama2.

Setelah berhempas pulas, terbalik terlangkup anak2 buat kerja malam tadi, inilah hasilnya. 




Bestkan, aktiviti yang buat anak2 teruja dan buat sel-sel otak anak2 bercantum-cantum. Tapi lepas tu, sel-sel Ibu dia pulak yang berkembang sebab naik darah dapur bersepah. 

Nak Resepi PlayDoh Aqilah ? 

Boleh baca sampai habis ya. Kak Ani kongsikan buat semua.
Resepi yang sangat simple dan jimat.

Bahan A
1 Cawan Air
1 Cawan Garam (Kak guna garam masakan Qaseh tau, masa seronok main tetiba termasuk mulut InshaALLAH selamat, hahaha)
2 Sudu Kecik Minyak Masak
Pewarna Makanan yang dibenarkan. 

Bahan B
5 Sudu Besar Tepung Gandum
2 Sudu Besar Tepung Jagung

Cara-caranya:
Korang campur semua bahan2 A. Kacau hingga sama rata warna dan Bahan A.
Tuang Bahan B dan gaul sampai jadi DOH dan tak melekat lagi di tangan dan bekas. 

Jangan risau pewarna ni tak lekat di tangan tau. Ini untuk adunan 1 warna sahaja. 
Nak 10 warna pun boleh, ulang balik step yang sama.

SELAMAT MENCUBA.

Ada rezeki panjang umur kita jumpa di next entri.... 


Salam Qaseh Sayang, Moga Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630


Tuesday, August 9, 2016

Entry 1: Pengenalan Diri - Cerita Tentang Penulis


Teks / Foto: Suhaini Saperan

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Dengan izinNYA setelah tak dapat join kelas Bina Blog Sabtu yang lalu secara OFFLINE saya masih berpeluang untuk membuat tugasan yang diberikan secara ONLINE.

Saya kenalkan diri saya, saya diberi nama oleh Mak dan Papa saya dengan nama Suhaini binti Saperan. Anak kedua dari 6 adik beradik (3 pasang) yang Soleh dan Solehah. 36 tahun Allah swt pinjamkan usia ini pada saya. Mempunyai suami bernama Mohamad Amirul Rashid yang sangat baik hati, walaupun garang. Kami telah diijab kabulkan semasa saya berusia usia 22 tahun dan 25 tahun. 13 tahun kami lalui susah senang bersama dan dikurniakan 3 anugerah terindah juga ujian dari ALAH SWT yang lahir berselang bunga (2 Imam Muda dan seorang Bidadari dari Syurga).

Syukur Alhamdulillah, perjalanan hidup saya membesar biarpun ada yang tidak mahu saya kenang-kenang, saya sangat menghargai pengorbanan kedua Mak dan Papa saya dalam memberi saya pendidikan yang baik. Dari sejak mula tidak mengenal huruf sehingga saya ke sekolah menengah. Walaupun takdir tertulis saya tidak dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih baik, saya puas kerana dapat berbakti untuk membantu keluarga dan memastikan 4 orang adik dibawah saya belajar hingga keperingkat tertinggi di Universiti.

Kerjaya tetap saya bermula di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak. Sudah 13 tahun saya di sini. Hanya ALLAH SWT yang tahu bertapa bertuahnya saya diterima sebagai salah seorang warga di Universiti yang penuh dengan tarbiyah ini. Namun sebelum itu beberapa perkerjaan sudah saya rasai dan memperoleh pengalaman yang tersendiri.

Alhamdulillah. Pada tahun 2008 ALLAH SWT telah izinkan saya merasai nikmat dan pengalaman untuk berniaga kerana minat yang sangat mendalam dalam bidang perniagaan telah ada dalam diri saya. Walaupun bisnes itu tidak menjadi, saya tetap dapat pengalaman yang sangat berharga. Saya semakin kuat dan bersemangat untuk meneruskan niat berniaga lagi dan lagi. Maka, saya mula berniaga kembali menjadi Stokis One Drop Perfume yang saya jual melalui Blog pada waktu itu.

Kini saya sudahpun temui bidang perniagaan yang saya anggap ia sudah menjadi sebahagian dalam kehidupan saya. Tahun 2012 adalah tahun saya sedang diuji apabila saya mahu cukupkan 2 tahun bekalan susu ibu kepada anak ketiga saya. Di sinilah bermulanya kisah Qaseh dalam kehidupan saya. Saya diperkenalkan dengan Qaseh Adinda oleh seorang sahabat di alam maya. Dari hanya pengguna yang setia, akhirnya 2013 saya menjadi agent yang hanya aktif untuk belian diri sendiri.

Pada pertengahan 2015, order saya semakin banyak daripada sahabat-sahabat dan keluarga. Saya berfikir mengapa peluang yang Allah dah pamerkan depan mata saya buat2 tak nampak. Dan bermula saya secara serius dalam berQaseh. Alhamdulillah. Allah sentiasa permudahkan urusan saya dalam bisness Qaseh ini.

InshaAllah, dengan izinNya melalui coretan di blog ini akan saya kongsikan kepada pembaca yang sudi singgah di blog ini tentang kesihatan anak-anak dan keluarga adalah sangat penting dan ia harus bermula daripada pemakanan yang baik. Saya bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan, namun apa yang saya akan kongsikan adalah dari pengalaman saya dan sahabat-sahabat saya sendiri. Saya juga akan cuba kongsikan dari apa jua hasil bacaan dan carian dari pelbagai sumber yang sahih buat rujukan anda disini.

Doakan saya agar saya istiqamah dan sentiasa diberi ilham oleh Allah swt untuk berkongsi kebaikan di ruangan blog ini dan mudah-mudahan ia akan memberikan manfaat buat mereka yang membaca dan mengamalkan kebaikan yang saya akan kongsikan. Semoga ia akan menjadi saham yang sentiasa mengalir untuk bekalan saya di kampung akhirat kelak. 

Allahumma Aamiin.


Salam Qaseh Sayang
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...