Friday, August 26, 2016

Entry 20 : Istighfar

Teks: Suhaini binti Saperan
Sumber: Whatsapp Group
Foto: Pakcik Google




Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Seorang lelaki datang dan mengadu kepada Hasan Al-Basri tentang hujan yang sudah lama tidak turun. Kata Hasan Al-Basri:"Beristighfarlah kepada Allah".

Lelaki kedua datang mengadu tentang KEMISKINAN. Kata Hasan Al-Basri:"Beristighfarlah kepada Allah".

Lelaki ketiga datang mengadu kepada beliau tentang isterinya yang masih belum mengandung. Kata Hasan Al-Basri:"Beristighfarlah kepada Allah".

Lelaki keempat datang mengadu pula tentang tanamannya yang tak tumbuh-tumbuh. Kata Hasan Al-Basri:"Beristighfarlah kepada Allah".

Anak-anak murid Hasan Al-Basri kehairanan. Apa ini wahai tuan syeikh? 4 soalan berbeza, 1 jawapan yang sama?

Jawab Hasan Al-Basri: Ini bukan aku yang kata. Allah yang kata:

(فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا) نوح 10-12

"Maka aku (Nabi Nuh alaihissalam) berkata: beristighfarlah kamu (wahai kaumku) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Jika kamu beristighfar) nescaya Dia akan menurunkan hujan ke atasmu dengan lebat. Dan Dia akan membanyakkan HARTA dan anak-anakmu. Dan Dia akan mengadakan untukmu kebun-kebun. Dan dia akan mengadakan untukmu sungai-sungai" (Surah Nuh 10-12).

Semoga Allah beri kepada kita semua taufiq untuk lazimi beristighfar sepanjang masa.

Kita tidak tahu Istighfar di waktu mana diangkat untuk diampunkan olehNYA.


Salam Qaseh Sayang, Moga Perkongsian Ini Bermanfaat Buat Semua
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630


Thursday, August 25, 2016

Entry 19 : Bacalah Al-Quran Walau Satu Ayat

Teks: Suhaini binti Saperan
Foto: Pakcik Google


Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Pesan ustaz, 

"Teruslah membaca Al-Qur'an, meskipun kamu tidak memahami ertinya, kamu tetap akan dapat 10 kebaikan dari setiap satu hurufnya.

Teruslah membaca Al-Qur'an, meskipun kamu merangkak-rangkak ketika membacanya, kamu akan mendapat dua pahala.

Teruslah membaca al-Qur'an, kerana orang yg gemar membacanya siang dan malam adalah orang yg layak untuk dicemburu oleh manusia!"

Salam Qaseh Sayang, Moga Perkongsian Ini Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

Tuesday, August 23, 2016

Entry 18 : Makan Makanan Sunnah Hari-Hari ? Mampu Kah Kita ?

Teks: Suhaini binti Saperan
Foto : Qaseh Group





Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Hari-hari Kak Ani dah keluarga amalkan makanan Sunnah yg terbaik ini.

Alhamdulillah! Kalau beli satu-satu ni memang mahal sebab dulu Kak Ani dan keluarga amalkan satu-satu.

Bila dah jumpa #QasehGold. Tak payah pening-pening nak telan yg mana dulu.

Amik 2 sudu dah cukup, semua khasiat ada.

#QasehGold memudahkan kita untuk amalkan pemakanan Sunnah setiap hari.

Khasiat yang pelbagai mudah di amalkan seisi keluarga.

Jom kita berQaseh.



Salam Qaseh Sayang, Moga Perkongsian Ini Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

Entry 17 : 3 x (1/2) Setengah Minit Yang Berharga

Teks: Suhaini binti Saperan
Foto: Pakcik Google






Jika baru bangun tidur, jangan terburu-buru dan terus berdiri! 

Biarkan mata terbuka sepenuhnya dan tetap berbaringlah untuk beberapa saat, kerana kebiasaan waktu ini sangat baik untuk sistem peredaran darah.

Ketika tidur, tekanan darah seseorang merata ke seluruh tubuh dan terus ke otak. Jadi, jika waktu bangun dan terus berdiri, pengaliran darah akan turun terus ke kaki secara mendadak. keadaan ini akan menyebabkan refleks sistem saraf atau saraf pengendalian refleks menjadi terganggu.

Inilah yang menyebabkan seseorang itu mengalami pening, iaitu hilang ketidakseimbangan sehingga rasa hampir pengsan. Sebabnya kerena pengaliran darah ke otak terganggu.

Berikut ini beberapa tips setelah bangun tidur, semoga bermanfaat:

1. Bila terbangun jangan terus turun dari tempat tidur, tetapi berbaringlah dan BUKA MATA selama (1/2) setengah minit;

2. Setelah itu, DUDUK di tempat tidur selama (1/2) setengah minit dan

3. Turunkan kaki, duduk di tepi katil selama (1/2) setengah minit.

Setelah 3 x (1/2) setengah minit yang sederhana dipraktikkan dengan istiqamah, otak dan jantung tidak akan mengalami anemia.

Mengapa perlu "3 x (1/2) setengah minit" ?

Kerana pola ECG (Electro Cardiogram) seseorang akan normal pada siang hari, tetapi ketika bangun tengah malam untuk melaksanakan hajat misalnya dan seseorang itu terus bangun dengan tiba-tiba, otak akan menjadi anemia, dan mudah mengalami kegagalan jantung kerana kekurangan darah.

Semoga tips setelah bangun tidur ini dapat memberikan manfaat dan mudah dipraktikkan secara istiqamah oleh para pembaca. 



Salam Qaseh Sayang, Moga Perkongsian Ini Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

Entry 16 : 10 Makanan Yang Mencegah Arteri Tersumbat

Teks: Suhaini binti Saperan
Foto: Pakcik Google
Sumber: siemens-melayumaju - 1 MALAYSIA







Jangan Kita Ingat Kurus Tiada Kolestrol


1. Bawang putih

Sejak zaman purba bawang putih telah digunakan untuk merawat hati penyakit dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan dalam perubatan pencegahan, bawang putih menghalang arteri koronari menjadi keras menjadi kapur yang berfungsi sebagai penanda bagi plak pembentukan.

2. Anggur

Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Ini flavonoid telah didapati untuk mencegah pengoksidaan kolesterol buruk yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Mereka juga mengurangkan risiko membangunkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3. Bayam

Bayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai pertahanan terhadap tekanan darah tinggi. bayam adalah juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja melindungi daripada umur degenerasi makula berkaitan tetapi juga mencegah serangan jantung dengan menjaga arteri bebas daripada kolesterol membina.

4. Ikan


Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Southampton University mendapati bahawa Omega 3 minyak, hadir dalam ikan seperti tuna dan salmon, berhenti pengumpulan deposit lemak dalam arteri. Asid lemak mengelakkan pembekuan daripada membentuk dan kolesterol daripada menjadi teroksida.

5. Minyak zaitun

Kolesterol teroksida hanya mampu berpegang kepada arteri anda dinding dan bentuk plak. Lemak monotaktepu membentangkan di minyak zaitun apabila dicampur dengan molekul kolesterol tidak baik menjadi kurang mungkin teroksida.

6. Tomato

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Korea, lycopene, sebatian yang terdapat di dalam tomato yang memberi mereka warna mereka, membantu dalam mencegah pengerasan arteri. Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang lycopene tertinggi tahap dalam darah mereka mempunyai kekukuhan kurangnya dalam arteri mereka.

7. Delima


Jus delima bukan sahaja muncul untuk mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi boleh juga menterbalikkan perkembangan penyakit ini. delima buah-buahan dan jus yang tinggi kandungan antioksidan, yang boleh membantu perjuangan pengerasan arteri.

8. Kiwi dan tembikai

Makanan ini kaya antioksidan berfungsi dengan mengurangkan LDL toksik kolesterol, yang dibentuk melalui proses berkarat dalam anda arteri. Mereka boleh membantu menghentikan karat di trek dan juga mencegahnya daripada merebak. Makan satu cawan tembikai atau satu kiwi setiap hari untuk unclog arteri anda.

9. Jus Cranberry

Jus ini strain lemak daripada arteri. Daripada harus lemak terkumpul di dalam saluran darah, jus ini meningkatkan anda keupayaan sel untuk menyerap lemak dan menggunakannya untuk pengeluaran tenaga. Minum tiga gelas jus ini setiap minggu untuk unclog arteri anda.

10. Oat

Terima kasih kepada gentian larut dalam oat, kolesterol tidak berdiri peluang. Serat ini melekat pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem anda. Beberapa kajian mempunyai menunjukkan bahawa pemakanan hanya 1 1/2 hingga 2 1/2 cawan oat- dimasak bijirin bran setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak hampir 20%.


Salam Qaseh Sayang, Moga Perkongsian Ini Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

Entry 15 : Masa Terbaik Untuk Menikmati Buah-Buahan

Teks: Suhaini binti Saperan
Foto: Pakcik Google


Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Tahukah anda masa terbaik untuk menikmati buah-buahan ?

Makan buah-buahan ketika perut kosong (time terbaik bila baru bangun tidur)

Makan buah-buahan 1 Jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan.


Ini kerana supaya enzim buah-buahan tak tercampur dengan makanan yang akan mengakibatkan makanan sukar untuk dihadam.

Buah-buahan akan bertukar jadi asidic (masam) jika telah bercampur dengan makanan.

Kalau makanan susah nak hadam, perut boleh jadi kembung dan kita akan sering sendawa.

Ia juga boleh mengakibatkan heartburn (pedih ulu hati)

Bagi mereka yang mempunyai masalah diabetes, elakkan makan buah selepas makan sama sekali.

Jadi untuk menjamin kesihatan yang lebih baik, pilihlah masa yang sesuai untuk makan buah-buahan.

Bagi yg terbiasa amalkan makanan manis lepas makan, bolehlah makan dark chocolate dalam kuantiti yang kecil dan cuba elak jadikan buah-buahan sebagi pencuci mulut selepas makan.

#BetulkanYangBiasa #BiasakanYangBetul


Salam Qaseh Sayang, Moga Perkongsian Ini Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630

Entry 14 : Tidak Mudah, Tapi Terasa Indah

Teks: Suhaini binti Saperan
Sumber: Solehi Aljerusi


Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris, Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi, Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah, Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya, Agar kita sentiasa tabah dan kuat. 

Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan, Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain, Agar diri akan terasa lebih bahagia.

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina, Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri, agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi.

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya, Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita.

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan, Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh, untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya.

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan, Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari, bahawa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat.

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera, Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur, Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya.

Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya. :)


Salam Qaseh Sayang, Moga Perkongsian Ini Bermanfaat Buat Semua.
Kak Suhaini
Konsultan Qaseh Rawang
0126565630


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...